fbpx

Kemunculan dolfin dikaitkan dengan SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemunculan beberapa ekor ikan lumba-lumba di Ban Pecah, Tanjung Piandang dekat Kerian yang mencuri tumpuan orang ramai.

IPOH – Kemunculan beberapa ekor ikan lumba-lumba di Ban Pecah, Tanjung Piandang di Kerian mencuri tumpuan orang ramai.

Ikan spesies Indo-Pasific Humback ini dikatakan terpisah daripada kumpulannya atau singgah di pantai tersebut untuk bermain-main.

Cerita mengenai ikan lumba-lumba itu yang disiarkan laman Facebook Viral Perak menarik perhatian 2,600 pelayar dan dikongi 354 yang lain.

Beberapa pelayar pula memberikan komen lucu dan menghiburkan yang dikaitkan dengan situasi pandemik ketika ini.

Noor Hashimah memberi komen, “Biasalah musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ini, ikan pun keliru, PKPB (Bersyarat), PKPP (Pemulihan), PKPD (Diperketatkan)? tiba-tiba sampai di Ban Pecah. Nak pergi ke Pangkor, silap laluan.”

Muhammad Noh pula menulis, “ikan tak patuh SOP (prosedur operasi standard). Boleh kena saman.”

Sebelum ini, sekumpulan ikan lumba-lumba dikesan berada sepanjang perairan muara Sungai Sangga, Kuala Sepetang di daerah Larut, Matang dan Selama yang dipercayai menjadikan kawasan perairan di situ sebagai habitat mereka.

Kehadiran ikan lumba-lumba ini bukan asing bagi penduduk setempat khususnya yang tinggal di kawasan perkampungan nelayan di sini.

Mamalia ini muncul apabila nelayan pulang dari laut dan mencampakkan ikan.

Kemunculan ikan lumba-lumba turut menjadikan kawasan pantai itu sebagai destinasi tarikan pelancong. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI