PETALING JAYA – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob secara rasminya memulakan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri hari ini.
“Pada hari Jumaat yang penuh barakah, saya memulakan tugas dengan menggalas amanah yang lebih besar demi rakyat Malaysia dan negara yang saya cintai.
“Insya Allah, saya akan melakukan yang terbaik,” katanya dalam satu entri yang dimuatnaik di dalam akaun Twitter rasmi beliau.
Ismail Sabri dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri kelmarin oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan.
Pelantikan Ismail Sabri telah disembah maklum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan berkuat kuasa serta-merta.
Selain Ismail Sabri, Muhyiddin turut melantik Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Kanan Luar Negeri.
Sebagai Menteri Kanan, beliau akan mengetuai Kluster Keselamatan yang sebelum ini diketuai oleh Datuk Seri Ismail Sabri. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929