fbpx

Galas setengah kilogram dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dadah yang dirampas semasa serbuan di Permatang Bendahari di Kepala Batas semalam.

SEBERANG PERAI – Polis menahan seorang lelaki dipercayai pengedar dadah dan merampas setengah kilogram dadah bernilai kira-kira RM10,000 dalam serbuan di tepi Jalan Permatang Bendahari di Penaga, Kepala Batas di sini semalam.

Suspek berusia 43 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4 petang oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU).

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, siasatan mendapati suspek dipercayai pengedar dadah jenis heroin dan syabu di sekitar kawasan Penaga.

“Polis merampas dadah disyaki heroin seberat 430 gram (g), syabu (52 g), ganja (2.3 g) dan sebiji pil erimin 5 yang dianggarkan bernilai RM10,108 disyaki bagi pasaran tempatan.

“Ia hasil pemeriksaan badan apabila dadah berkenaan ditemui di dalam beg galas dibawa suspek yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125 ZR,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati suspek yang positif ujian saringan air kencing itu mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 12(2), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI