fbpx

DUN Selangor bersidang sembilan hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan bersidang selama sembilan hari secara berperingkat mulai 23 Ogos hingga 6 September ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pembukaan sidang selepas mendapat perkenan daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi tujuan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat (Ke-4) Dewan Negeri Selangor Keempat Belas (Ke-14) Tahun 2021.

“Sultan Sharafuddin telah berkenan untuk berangkat dan mencemar duli bagi merasmikan Istiadat Pembukaan Dewan Negeri Selangor Darul Ehsan pada 23 Ogos depan.

“Dewan Negeri Selangor akan mula bersidang selama sembilan hari iaitu 24 Ogos hingga 27 Ogos diikuti 30 Ogos hingga 1 September seterusnya 3 September serta 6 September,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, sidang DUN kali adalah mengikut format sidang biasa yang mempunyai sesi soal jawab dan perbahasan dan bukan sekadar sidang khas.

Amirudin menambah, ia akan dijalankan dengan kawalan Tatacara Pengendalian Piawai dan memfokuskan kepada segala usaha kerajaan negeri menangani penularan wabak Covid-19.

“Selain itu, bagi mendapatkan maklum balas dan cadangan dari Ahli-ahli Dewan Negeri Selangor sesuai dengan peranan bidang legislatif sebagai sistem semak imbang kepada bidang eksekutif.

“Ini juga selaras dengan aspirasi rakyat agar setiap keputusan Kerajaan Negeri dibuat secara bertanggungjawab dan berhemah serta pada masa yang sama mempertingkatkan usaha mendepani wabak Covid-19 di Selangor,” katanya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI