fbpx

Dakwaan disuntik picagari kosong disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Azmi (tengah)memberi suntikan kepada penerima Vaksin,Daud Salleh di PPV Dewan Serbaguna Majlis Daerah Selama.

LARUT – Dakwaan seorang individu yang dia disuntik dengan picagari kosong ketika mendapatkan vaksin Covid-19 di sebuah hospital di Banting baru-baru ini akan disiasat.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, kementerian itu akan menjalankan siasatan mendalam untuk mengetahui sama ada dakwaan itu benar atau tidak.

“Saya juga ada menerima video tular tersebut dan bertanya kepada pengirimnya dan perkara itu berlaku di sebuah pusat pemberian vaksin (PPV).

“Ditanya lokasi dan waktu kejadian, namun pengirim itu tidak dapat memberikan jawapan,” katanya pada sidang akhbar di PPV Dewan Majlis Daerah Selama hari ini.

Ditanya pemberita sama ada perkara itu boleh berlaku disebabkan petugas terlampau letih dan berkemungkinan tidak perasan, kata Noor Azmi ia sukar berlaku kerana proses pemberian vaksin mempunyai aturan selain perlu diperiksa antara dua atau tiga petugas perubatan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI