fbpx

Bekas pengurus besar AKSB ditahan kes rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bekas pengurus besar dan dua pegawai AKSB direman tiga hari untuk membantu siasatan kes rasuah projek bernilai RM27 juta. - Foto IHSAN SPRM

KOTA BHARU – Tiga individu termasuk seorang bekas pengurus besar dan seorang pegawai syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) direman tiga hari bermula semalam selepas dipercayai terlibat dalam kes ra­suah membabitkan projek lebih RM27 juta.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Rozaidi Yaacob di Mahkamah Majistret di sini hari ini mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi memboleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan lanjut.

Menurut sumber SPRM, bekas pengurus berusia 60 tahun, pegawai AKSB (39 tahun) dan seorang pengarah projek sebuah syarikat (42 tahun) itu ditahan secara berasingan di pejabat SPRM di sini pukul 4.25 petang dan 6.30 petang semalam.

Katanya, ketiga-tiga suspek dipercayai menerima wang tersebut daripada beberapa syarikat untuk menjalankan projek AKSB.

“Berdasarkan siasatan, bekas pengurus besar AKSB itu didapati menjadi ketua dalam projek itu malah mereka dipercayai menerima wang berkenaan bermula 2015 hingga 2019.

“SPRM menjalankan siasatan berkenaan kes itu selepas menerima maklumat daripada orang ramai beberapa bulan lalu yang tidak berpuas hati dengan kualiti bekalan air di Kelantan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut sumber itu, ketiga-tiga suspek turut ditahan selepas pihaknya menerima maklumat mengenai salah laku mereka.

Ujarnya, SPRM masih menjalankan siasatan dan tidak menolak kemungkinan lebih banyak pihak yang dipercayai terlibat dalam kes rasuah itu.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI