fbpx

Bayi usia sebulan hasilkan susu badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video menunjukkan susu badan keluar dari puting bayi berusia sebulan. - TikTok

JAKARTA – Satu rakaman menunjukkan seorang bayi berusia sebulan mengeluarkan air susu badan menjadi tular di media sosial Indonesia, semalam.

Menurut laporan Suara.com, video tersebut dimuat naik di akaun TikTok @Nurulfauziah yang memaparkan seorang individu memicit puting bayi berkenaan hingga mengeluarkan titisan air susu.

“Keajaiban Allah, anak baru berusia sebulan sudah ada air susu badan,” tulis pemilik akaun.

Berdasarkan penjelasan saintifik, keadaan tersebut dikenali sebagai galaktorea neonatal dan biasa berlaku ke atas bayi yang dilahirkan pra matang.

Namun begitu, ia bukan satu masalah kesihatan yang membimbangkan dan akan hilang dengan sendiri apabila bayi semakin membesar.

Walau bagaimanapun, ibu bapa dan penjaga diingatkan agar tidak merangsang puting bayi dengan sengaja bagi mengeluarkan air susu badan bayi bagi mengelak jangkitan kuman.

Selain itu, jika situasi ini berterusan selepas usia dua bulan, ibu bapq dinasihati merujuk anak mereka kepada doktor perubatan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI