fbpx

AS tidak akan hantar askar ke Afghanistan lagi – Biden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Biden ketika berucap di White House, Washington D.C semalam. - Tom Brenne/United Press International

WASHINGTON, AMERIKA SYARIKAT – Amerika Syarikat (AS) tidak akan menghantar lagi askarnya untuk berperang di Afghanistan selepas Presiden Joe Biden berjanji untuk menamatkan misi ketenteraan di negara itu menjelang 31 Ogos ini, lapor agensi berita United Press International semalam.

“Kita tidak pergi ke Afghanistan untuk membina negara.

“Berapa ramai lagi? Berapa ribu lagi rakyat AS yang anda sanggup risikokan dan berapa lama lagi anda mahu mereka berada di sana?

“Kini terpulang kepada rakyat Afghanistan untuk membuat keputusan mengenai masa depan negara mereka,” katanya.

Beliau sebelum itu menjawab soalan wartawan dan mempertahankan keputusannya untuk membawa pulang semua anggota tentera AS dari Afghanistan menjelang 31 Ogos ini.

Sebelum ini, Pentagon memaklumkan bahawa pengunduran tentera AS dari Afghanistan telah 90 peratus selesai.

Situasi itu mendorong kumpulan Taliban untuk menguasai lebih banyak wilayah di Afghanistan serta meningkatkan serangan terhadap tentera kerajaan.

Menurut Biden, beliau tidak percaya pengambilalihan wilayah-wilayah oleh tentera Taliban di Afghanistan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

Ketika ditanya soalan mengenai adakah beliau mempercayai Taliban, Biden menyifatkan soalan tersebut sebagai tidak masuk akal.

“Adakah saya mempercayai Taliban? Tidak. Bagaimanapun, saya mempercayai keupayaan tentera Afghanistan,” jawabnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI