PETALING JAYA – Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menafikan beliau pentaksub Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin.
Annuar yang juga Ketua UMNO Ketereh berkata, beliau cuma senang bekerja bersama seseorang yang terbukti lebih berjaya serta berusaha membantu rakyat.
Katanya, itu lebih baik daripada berkerja bersama individu saban hari bermain politik, retorik dan mahu menjatuhkan orang lain untuk kepentingan diri.
“Apa lagi mereka yang tidak konsisten prinsipnya, tidak benar kata-katanya serta tidak jujur hatinya.
“Apa lagi untuk berkerja dengan mereka yang terbukti gagal mengawal diri, mulut dan hati,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.
Annuar berkata, beliau saya akan terus berkerja untuk membantu Perdana Menteri dan Timbalannya serta kerajaan Perikatan Nasional setakat termampu.
“Biar rakyat yang menilai dan biar rekod saya yang berbicara,” katanya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929