fbpx

Affin Bank jadi bank komersial taja SAP 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Affin Bank Bhd. (Affin Bank) dipilih sebagai penaja utama dan pertama bagi bank komersial untuk Se­langor Accelerator Programme (SAP) 2021, sebuah inisiatif di bawah Selangor Information Techno­logy and Digital Economy­ Corporation (SIDEC).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank, Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali berkata, program tersebut akan membangunkan 30 syarikat pemula niaga yang masih di peringkat awal untuk menjadi satu model perniagaan berpotensi yang sedia dilabur.

“Program inkubator berstruktur selama tiga bulan untuk syarikat pemula niaga itu akan membolehkan mereka mendapat pendedahan berkaitan industri, menggilap produk dan perniagaan dan mempertajamkan kemahiran insaniah melalui bimbingan daripada mentor berpenga­laman dan bengkel komprehensif,” katanya dalam kenyataan.

Tema pada tahun ini tertumpu kepada syarikat pemula niaga daripada bidang Agrotech, Fintech, Greentech, e-Commerce, dan Smart City Solutions.

Pendaftaran untuk me­nyertai program tersebut dibuka sehingga 14 Julai ini dan semua pemenang yang layak berpe­luang untuk memenangi kumpulan hadiah wang tunai bernilai RM50,000.

Wan Razly Abdullah menjelaskan, ini merupakan salah satu cara Affin Bank menunjukkan komitmen dan dedikasi untuk membangunkansyarikat pemula niaga dan perusahaan kecil & sederhana (PKS).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI