STOCKHOLM, SWEDEN – Sembilan orang maut dalam nahas sebuah pesawat ringan membawa sekumpulan penerjun udara yang terhempas berhampiran sebuah lapangan terbang di Orebro, Sweden semalam, lapor akhbar The Sun hari ini.
Menurut polis, pesawat enjin kipas membawa lapan penerjun udara dan seorang juruterbang itu terhempas sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Orebro.
Menurut media tempatan, pesawat tersebut terbakar selepas terhempas, namun api kemudiannya dapat dipadamkan.
Perkhidmatan kecemasan termasuk ambulans dikejarkan ke lokasi kejadian kira-kira pukul 7.20 petang (waktu tempatan) sebaik menerima laporan.
Jurucakap Pihak Berkuasa Maritim Sweden, Carl-Johan Linde berkata, pasukan penyelamat menemui bangkai pesawat di salah satu landasan lapangan terbang tersebut.
Setakat in, punca kejadian masih belum diketahui. – AGENSI