fbpx

508 aduan ah long dalam tempoh enam bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Kamarudin (kanan) ketika melihat dokumen dan peralatan yang dirampas JSJK daripada sindiket ah long di seluruh negara.

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) menerima 508 aduan daripada mangsa yang terpedaya dengan sindiket pinjaman wang tidak berlesen atau ah long dalam tempoh enam bulan bermula Januari lalu melibatkan keseluruhan pinjaman berjumlah RM2.5 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, semakan mendapati kegiatan sindiket mencari peminjam baharu dan membuat ugutan terhadap mangsa semakin meningkat sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Ekoran kegiatan yang semakin meningkat dan ramai yang menjadi mangsa, pihak JSJK melancarkan satu operasi khas bermula 2 Julai lalu di seluruh negara bagi menumpaskan sindiket ‘ceti haram’ itu.

“Hasil operasi itu, seramai 84 individu berumur 20 hingga 59 thun yang disyaki terlibat dengan 14 sindiket ah long berjaya diberkas di seluruh negeri,” ujarnya ketika sidang akhbar secara maya, di Pejabat JSJK hari ini.

Menurut beliau, antara sindiket yang berjaya ditumpaskan adalah sindiket Geng 24 di Pulau Pinang, sindiket Ah Meng (Kuala Lumpur), sindiket Andy (Kelantan), sindiket David (Sabah) dan sindiket Ah Loi (Sarawak).

“Pelbagai peralatan yang digunakan untuk mengugut mangsa dirampas daripada sindiket berkenaan antaranya kereta, cat, minyak, risalah pinjaman, rantai besi dan wang tunai RM45,000.

“Hasil risikan yang dijalankan mendapati sindiket tersebut menjalankan operasi sejak tahun 2018 lagi dengan memgiklankan tawaran pinjaman melalui aplikasi media sosial seperti Facebook, WeChat dan aplikasi WhatsApp.

“Sindiket menawarkan kadar faedah antara 10 hingga 15 peratus bagi tempoh seminggu dan sekiranya peminjam gagal melunaskan pinjaman, mereka akan dikenakan ugutan dan pelbagai ancaman seperti akan disimbah cat,” ujarnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI