fbpx

120 bakul makanan diagihkan, pastikan bekalan makanan tidak terputus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jasvir Singh (dua dari kiri) menyampaikan bakul makanan kepada penduduk yang memerlukan di Bentong hari ini.

BENTONG – Dalam usaha memastikan bekalan makanan dan keperluan masyarakat tidak terputusan, Pegawai Khas Menteri Besar, Datuk Jasvir Singh Ram Singh bertindak proaktif apabila turut memantau dan menyampaikan bantuan segera kepada penduduk memerlukan.

Meskipun bantuan daripada agensi kerajaan dilaksanakan namun penglibatan pelbagai pihak dapat membantu memastikan tiada masyarakat yang terlepas pandang dan terputus bekalan makanan

Jasvir yang juga Ahli Majlis Perbandaran Bentong berkata, sejak semalam sebanyak 120 bakul makanan yang terdiri daripada keperluan asas diagihkan kepada 120 keluarga di Chamang, Repas dan Bukit Piatu di sini.

“Saya maklum banyak agensi dan pihak yang memberikan bantuan dan saya rasa terpanggil untuk sama-sama membantu bagi memastikan masyarakat akan mendapat bantuan berterusan dan pembelaan sewajarnya.

“Saya akan terus menyalurkan bantuan bakul makanan dari semasa ke semasa berharap akan membantu meringankan beban masyarakat yang terkesan akibat pandemik yang belum berakhir ini,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, bantuan berupa barangan keperluan seperti beras, telur dan gula itu telah diserahkan kepada penduduk memerlukan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Katanya, pihaknya akan terus melakukan pemantauan dan mengenal pasti golongan memerlukan bagi menyalurkan bantuan yang sewajarnya kepada semua yang terjejas. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI