fbpx

Warga emas berhati mulia curi perhatian di PPV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki warga emas mencuri perhatian di PPV USM di George Town hari ini. Foto FB USM

GEORGE TOWN – Seorang lelaki warga emas mencuri tumpuan ketika hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini kerana memakai alat perlindungan diri daripada plastik yang menutupi kepalanya.

Beberapa keping gambar yang dimuat naik di laman sosial Facebook rasmi USM memaparkan lelaki yang dianggarkan berusia 70-an itu hadir mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Menurut kenyataan Facebook berkenaan, lelaki itu datang bersendirian dengan menaiki teksi dan telah mencuri perhatian ramai.

“Sebelum pulang, dia sempat berjalan menuju ke tempat urusetia dan berkata sesuatu yang mengejutkan.

“Pesannya, ‘para barisan hadapan telah bekerja begitu keras, tolong belikan mereka makanan tengah hari’, sambil memberikan sejumlah wang,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan tersebut lagi, lelaki itu kemudiannya beredar pulang dengan teksi sama yang telah menunggunya.

Gambar-gambar warga emas tersebut dirakam juru foto USM, Baim Manan.

Sementara itu, menurut kenyataan itu lagi, beberapa pakar perubatan yang berada di situ turut menasihatinya agar menanggalkan alat perlindungan yang pelik tersebut, sebaliknya digantikan dengan pelindung muka. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI