KUALA LUMPUR – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO secara sebulat suara memberi keputusan untuk tidak menjalankan kerjasama bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta-merta.
Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan tersebut berkuat kuasa serta-merta setelah tujuh prasyarat yang diminta dan ditetapkan UMNO dilihat tidak berjaya dilaksanakan.
“Tempoh yang UMNO berikan buat Tan Sri Muhyiddin Yassin ditarik balik dan ditamatkan serta-merta. UMNO mendesak agar Perdana Menteri untuk berundur diri secara terhormat bagi melantik pimpinan terbaru.
“Perdana Menteri yang baharu perlu menyelesaikan segera pandemik Covid-19 serta segerakan proses vaksinisasi. Setelah berjaya, Perdana Menteri baharu perlu menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk adakan Pilihan Raya Umum (PRU) bagi mengembalikan keseimbangan negara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas mesyuarat bersama MKT UMNO secara maya di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur sebentar tadi.- K! ONLINE.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929