fbpx

Tokan dadah wanita diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BELUD – Seorang wanita dipercayai tokan dadah yang bergiat aktif di sekitar daerah ini ditahan dalam serbuan ke sebuah inap desa (homestay) di Jalan Sangkir, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Sahimi Husin berkata, wanita berusia 30 an itu ditahan bersama dua paket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu.

“Suspek ketika serbuan dilihat cuba melarikan diri melalui pintu belakang inap desa terbabit namun tindakan pantas polis berjaya menahan wanita itu.

“Pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan dua bungkus plastik lutsinar berisi syabu.

“Wanita berkenaan dipercayai menjalankan kegiatan pengedaran di sekitar Kampung Tempasuk dan Pekan Kota Belud dengan harga antara RM30 hingga RM50 untuk setiap ‘pek’ selain RM450 hingga RM500 bagi satu ‘set’ syabu,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Sahimi memaklumkan, suspek pernah ditahan pada tahun lalu atas kesalahan yang sama berdasarkan rekod lampaunya.

Mengulas lanjut, hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis metaphetamine. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI