fbpx

Syarikat bungkus minyak masak dikesan terlibat kegiatan penyeludupan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian minyak masak paket yang dirampas KPDNHEP Kelantan dan PGA di dalam sebuah van di Tendong, Pasir Mas semalam

KOTA BHARU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan mengesan taktik syarikat pembungkusan minyak masak paket yang terlibat kegiatan penyeludupan apabila mereka didapati menggunakan bungkusan minyak masak syarikat sudah tidak beroperasi.

Taktik itu dikesan oleh KPDNHEP Kelantan dan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 selepas merampas sebanyak 5,610 kilogram (kg) minyak masak paket di dalam tiga buah kenderaan di Tendong, Pasir Mas pada pukul 3 petang hingga 10 malam semalam.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Kelantan, Azanizam Affendi Juri berkata, pihaknya telah melakukan risikan selama seminggu untuk mengesan pergerakan minyak masak bersubsidi dari sebuah syarikat pembungkus minyak masak berlesen yang disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan.

Katanya, ketika menjalankan risikan, anggota KPDNHEP dan PGA telah mengekori dua buah van jenis Toyota Hiace dan sebuah kereta jenis Proton Saga keluar dari syarikat pembungkus minyak itu yang menuju ke kawasan sempadan negara.

“Menyedari kenderaan dipandu mereka diekori, ketiga-tiga pemandu telah melarikan diri apabila tiba di lokasi berkenaan.

“Pemeriksaan di dalam dua buah van itu menemui minyak masak paket sebanyak 5,100 kg manakala 510 kg lagi di dalam kereta Proton Saga dengan anggaran keseluruhan bernilai RM14,025,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI