fbpx

Semua hospital Selangor rekod peningkatan pesakit Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar tular berhubung pesakit yang ditempatkan di pekarangan HTAR.

SHAH ALAM – Semua hospital di Selangor telah menerima peningkatan kes Covid-19 yang tinggi terutama melibatkan pesakit kategori tiga dan ke atas secara berterusan sejak akhir bulan lalu.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Sha’ari Ngadiman berkata, peningkatan kemasukan pesakit akut di Jabatan Kecemasan Hospital Shah Alam (HSA) berlaku susulan daripada hospital tersebut dijadikan Hospital Berpakar Major Bukan Covid yang merawat pesakit sekitar daerah Petaling.

“Bagi Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang pula kebanyakan pesakit tersebut telah dirawat terlebih dahulu di Jabatan Kecemasan sementara menungu katil di wad.

“Oleh itu, pertambahan katil terpaksa dilakukan di luar Jabatan Kecemasan HTAR untuk sementara waktu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas status semasa keadaan hospital di Selangor susulan penyebaran gambar berhubung keadaan Jabatan Kecemasan HTAR dan HSA.

Mengulas lanjut, Sha’ari berkata, pihak HTAR dan HSA dalam proses menambah kapasiti katil di hospital masing-masing.

“Mobilasi kakitangan kesihatan dari luar Lembah Klang turut dijalankan bagi membantu situasi Covid-19 di Lembah Klang meliputi pegawai perubatan, jururawat dan penolong pegawai perubatan.

“Penambahan bilangan katil juga sedang diusahakan melalui pengaktifan hospital medan di Hospital Tuanku Mizan oleh Angkatan Tentera Malaysia dan perolehan darurat peralatan perubatan di peringkat JKNS,” jelasnya.

Kosmo! terdahulu melaporkan suasana pekarangan HTAR di sini sedikit ‘menggerunkan’ apabila terdapat beberapa pesakit diletakkan di luar wad kecemasan hospital tersebut semalam.

Perkara tersebut tular di laman sosial Facebook apabila ramai pengguna ‘melarang’ orang ramai mengunjungi hospital berkenaan sekiranya tidak mempunyai sebarang kepentingan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI