fbpx

Sedia beri kerjasama kepada SPRM isu ‘Musang King’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hizamri (kanan) bersama Iqbal Gopalsamy Abdullah selepas Majlis Menandatangani MoU Antara JPNP dan WASCO (M) Sdn Bhd.

KUANTAN – Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya suruhanjaya berkenaan menerima laporan dan membuka kertas siasatan berhubung penanaman pokok durian Musang King di kawasan Hutan Simpan Batu Talam di Raub.

Pengarah JPNP, Datuk Mohd. Hizamri Mohd. Yassin berkata, pihaknya mengalu-alukan apa sahaja maklumat dan laporan yang diberikan mana-mana pihak kepada SPRM dalam isu hutan simpan berkenaan.

“Saya tidak ada masalah, kalau ada (pihak mendakwa berlaku rasuah), sila buat laporan kepada SPRM dan biar mereka (SPRM) siasat.

“Kita akan beri kerjasama penuh bagi memastikan perkara ini (dakwaan rasuah) dapat diselesaikan untuk kebaikan semua,” katanya selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara JPNP dan WASCO (Malaysia) Sdn. Bhd. di sini, hari ini.

JPNP melaksanakan operasi memusnahkan pokok durian Musang King yang ditanam ditanah Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam seluas 101 hektar di Raub bermula 3 Julai dan dijangka berkahir 2 Ogos depan

Dalam pada itu Mohd Hizamri turut memaklumkan bahawa pencerobohan oleh pekebun durian di HSK Batu Talam itu sudah berlaku kira-kira 20 tahun lalu dan tidak menolak kemungkinan ada pihak terlepas pandang kewujudan kebun haram di kawasan berkenaan sebelum ini.

“Seperti semua tahu, benda ini sudah lama, suddah 20 tahun, mungkin sebelum ini kita tidak tahu, macam saya, baru dua tiga tahun di sini, jadi sekarang kita cuba buat yang terbaik untuk memastikan perkara sama tidak berulang,”katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI