KUDAT – Sebanyak 1,350 bungkus rokok tanpa cukai dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) daerah ini berikutan penemuan dalam sebuah kenderaan yang ditinggalkan di tepi jalan di Jalan Perapat Limau – Limauan, dekat sini kelmarin.
Bagaimanapun, tiada individu yang datang menuntut kenderaan berkenaan dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu.
Pemangku Pegawai Pemerintah PPM Kudat, Asisten Superintendan Cyril Douglas berkata, rampasan dilakukan anggota PPM Kudat ketika menjalankan operasi ‘Op Benteng Covid-19’ di kawasan berkenaan.
“Sewaktu menjalankan operasi, anggota bertugas mengenal pasti sebuah kenderaan yang diletakkan dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan, Jalan Perapat Limau – Lumauan.
“Hasil pemeriksaan lanjut, kita menemukan sejumlah 1,350 bungkus rokok pelbagai jenama yang dipercayai tidak bercukai di dalam kenderaan terbabit.
“Nilai rokok dan kenderaan dianggarkan bernilai RM40,250,” katanya menerusi kenyataan media hari ini. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929