fbpx

Pura-pura tanya kelapa sebelum samun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Seorang suri rumah tidak menyangka menjadi mangsa samun seorang lelaki yang membuat helah kononnya mencari buah kelapa di rumahnya di Perumahan Kilang Sawit, Kerteh 6, Ketengah Jaya dekat sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu, wanita berusia 40 tahun bukan sahaja kerugian lebih RM2,000 selepas rantai emas dan wang tunainya dilarikan, bahkan turut cedera di kepala akibat dipukul dengan sebatang besi oleh suspek.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, mangsa yang bersendirian sewaktu kejadaian telah didatangi seorang lelaki berusia 30-an dengan menaiki sebuah motosikal.

“Suspek pada mulanya memberi salam dan bertanyakan tentang buah kepala. Setelah diberitahu tiada (buah kelapa), dia kemudiannya memohon ihsan wanita itu untuk memberinya sedikit wang kononnya untuk membeli air.

“Mangsa yang simpati masuk ke rumah untuk mengambil wang sebelum diketuk dengan sebatang besi di bahagian belakang kepala,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Baharudin berkata, impak serangan itu menyebabkan wanita tersebut terjatuh di ruang tamunya sebelum suspek bertindak meragut rantai leher dipakai mangsa selain melarikan wang tunai RM200 dari beg mangsa.

Tambahnya, suspek yang menutup sebahagian mukanya dengan sehelai baju kemudiannya telah melarikan diri dengan motosikalnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI