fbpx

Polis rampas rokok seludup bernilai RM2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMLI Mohamed Yoosuf menunjukkan antara rokok seludup yang berjaya di rampas dalam sebuah lori di LPT 1 semalam

KUANTAN – Polis berjaya merampas rokok seludup bernilai kira-kira RM2 juta yang dibawa dalam sebuah lori di Kilometer 193.3 Lebuh Raya Pantai Timur di sini semalam.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, dalam operasi kira-kira pukul 7.30 pagi itu pihak polis bertindak memintas sebuah lori dipandu seorang lelaki dari Segamat ke arah Kuala Lumpur di sini.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan terdapat sejumlah 254 kotak besar rokok putih berjenama John JDB dan 11 kotak besar rokok putih berjenama John White yang dipercayai diseludup masuk ke negara ini tanpa cukai Kastam yang disembunyikan di sebalik timbunan kotak-kotak kosong pelbagai label jenama makanan dan barangan runcit.

“Seorang lelaki warga tempatan ditahan dan sebanyak 2,677,500 batang rokok putih yang dianggarkan bernilai RM2,008,125 dirampas. Turut dirampas sebuah lori, sebuah telefon bimbit, wang tunai dan satu unit Sistem Pengesanan Global bernilai RM120,000,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati rokok berkenaan diperolehi dari negara jiran yang dibawa masuk melalui jalan laut di perairan Pahang sama ada dari Pekan atau Rompin. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI