fbpx

Polis Marin rampas 38 ekor kambing seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor memeriksa kambing-kambing yang dirampas selepas menahan sebuah lori di Kampung Jubakar, dekat sini pagi tadi.

TUMPAT – Pasukan Polis Marin (PPM), Wilayah Tiga Pengkalan Kubor merampas sebanyak 38 ekor kambing seludup yang dipercayai bakal menjadi bekalan sembelihan untuk ibadah korban di Kampung Jubakar di sini hari ini.

Rampasan bernilai RM38,000 pada pukul 4.30 pagi itu dilakukan selepas anggota PPM menahan sebuah lori yang sarat membawa muatan haiwan tersebut.

Komander PPM Wilayah Tiga, Asisten Komisioner Norzaid Muhammad Said berkata, sepasukan anggota PPM telah mengesan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan semasa melakukan rondaan di kawasan itu.

Menurutnya, anggota PPM mengekori lori tersebut, namun pemandunya telah memecut laju apabila menyedari kehadiran anggota penguat kuasa.

“Suspek telah bertindak memberhentikan lori secara mengejut sebelum seorang pemandu dan kelindan dilihat telah melarikan diri bagi mengelakkan mereka ditahan.

“Anggota PPM telah mengejar kedua-dua suspek, namun gagal menjejaki pergerakan mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Norzaid memberitahu, siasatan mendapati, lori tersebut membawa muatan sebanyak 38 ekor kambing yang dipercayai diseludup dari negara jiran. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI