PETALING JAYA – Pengerusi Pejuang, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan parti tersebut telah berjaya didaftarkan sebagai parti politik yang sah
“Saya ingin umumkan bahawa parti Pejuang ini telah didaftarkan. Sebagai parti politik kita berterima kasih kepada kerajaan yang mendaftar parti Pejuang.
Kami berpendapat bahawa cara kami bukanlah untuk menimbulkan masalah, cuma kita buat melalui undang-undang.
“Tak ada sebab kami tidak boleh didaftar. Jadi akhirnya, parti Pejuang ini sudah didaftar, dan mereka yang ingin menyertai Pejuang, mereka dialu-alukan, bolehlah buat permohonan, dan saya harap kita akan lebih cergas selepas ini,” katanya dalam satu sidang akhbar secara maya sebentar tadi. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929