PETALING JAYA – Pas termasuk semua 18 ahli parlimennya memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas kesal dengan sebarang tindakan yang boleh menggugat kestabilan politik dalam negara, khususnya dalam keadaan kerajaan sedang berusaha menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi.
“Pas seterusnya menyeru seluruh rakyat untuk bersatu hati mendukung langkah Kerajaan dalam menangani pandemik Covid-19, terutamanya bagi menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang sedang dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi. – K! ONLINE.