fbpx

Niat nak tolong, Azza Elite pula dikecam sebab promosi durian mahal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NIAT Azza yang hanya mahu membantu peniaga durian disalah erti netizen dalam Instagram.

PETALING JAYA – Pelakon dan penyanyi Azza Elite terkilan kerana niatnya membantu peniaga kecil yang menjual durian disalah erti netizen dalam Instagram.

Dua hari lalu, Azza atau nama sebenarnya Noor Azzarima Zawari, 43, memuatnaik sebuah video ulasan produk makanan iaitu durian jenis Musang King dan IOI daripada peniaga buah tersebut dalam Instagramnya.

Bagaimanapun, tindakannya yang sekadar ingin membantu mempromosikan perniagaan tersebut dikecam seorang netizen yang mendakwa Azza makan durian jenis berkenaan atas kehendak nafsu, bukannya keperluan.

Netizen berkenaan turut mengaitkan harga jualan durian tersebut yang sangat mahal selain kes pekebun haram yang menceroboh tanah milik kerajaan dengan menjadikannya sebagai kawasan tanaman.

“Kita tolong orang je pun salah. Dia ingat makan durian suka-suka? Cuba fikir yang baik-baik pasal orang lain. Pada musim begini, buat ulasan produk makanan dengan harapan dapat bantu peniaga,” katanya.

Tambah pelakon drama Tak Sempurna Mencintaimu itu lagi, dia mampu untuk makan buah durian walaupun tanpa melakukan ulasan produk kerana kampungnya di Batu Kurau, Perak merupakan lokasi tanaman durian paling terkenal di negara ini.

“Tok wan saya ada kebun durian. Seluruh keluarga pun ada. Saya pun ada lah, sebab mak saya punya. Untuk pengetahuan awak, saya hanya makan durian sebab buat ulasan.

“Makan sebab nak bantu adik-adik belia kita yang rajin berniaga. Demi Allah. Adik-adik tu rajin, tapi kalau saya nak makan, sekampung boleh hantar ke Kuala Lumpur. Cik, baik tolong daripada cari salah orang,” tegurnya.

Sebelum ini, pelakon Amyra Rosli juga menjadi mangsa kecaman netizen apabila dituduh menunjuk-nunjuk sedangkan ramai yang tidak mampu membelinya berikutan harga yang mahal. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI