fbpx

Najib persoal kenyataan MP BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib

PETALING JAYA- Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak menyangkal dakwaan mengenai Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang masih setia menyokong pemerintahan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Jelas bekas Perdana Menteri itu, beliau juga seorang Ahli Parlimen BN namun tidak pernah bersetuju untuk melanggar arahan yang dibuat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti tersebut semalam.

Tangkap layar hantaran Najib di laman Facebook malam ini.

“Saya pun ahli parlimen BN. Sejak bila saya setuju langgar arahan MKT parti semalam? Siapa ada senarai penuh nama-nama yang dimaksudkan dalam kenyataan yang dikeluarkan entah pihak mana ini?

“Saya yang tandatangan watikah pencalonan bagi setiap Ahli parlimen BN yang ada hari ini. Sebab itu, saya tentu akan kenal nama setiap orang Ahli Parlimen BN. Sila beri senarai nama,” ujarnya melalui satu kenyataan yang dimuat naik laman Facebook miliknya sebentar tadi.

Terdahulu, satu kenyataan bersama Ahli-Ahli Parlimen BN tersebar dengan menyatakan kesepakatan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pemerintahan Muhyiddin.

Jelas kenyataan tersebut, apa yang menjadi keutamaan Ahli-Ahli Parlimen pada waktu ini adalah usaha memastikan agenda Pelan Pemulihan Negara (PPN), dapat direalisasikan dengan keyakinan bahawa rakyat akan kembali menjalani kehidupan normal seperti sebelum Pandemik Covid-19. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI