fbpx

Mora masih dapat kepercayaan Tunku Ismail

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUNKU ISMAIL memberi bayangan seorang lagi pemain import adalah pemain kelahiran Sepanyol seperti yang dikongsikan sebelum ini di akaun Instagram miliknya.

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempertahankan ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora yang sudah melakukan yang terbaik pada kempen Liga Juara-juara Asia (ACL) musim ini meskipun gagal mara ke pusingan seterusnya.

Tunku Ismail dalam satu hantaran di Instagramnya berkata, peminat bola sepak tanah air khususnya penyokong setia Harimau Selatan perlu realistik dan sedar bahawa pentas ACL terlalu tinggi buat JDT.

Malah katanya, muncul sebagai wakil tunggal negara beraksi pada kejohanan berprestij itu adalah satu penghormatan buat JDT yang mengambil bahagian dalam ACL sejak 2019.

“Ini adalah ACL, kita pernah mencatatkan keputusan menang, seri dan kalah dalam kejohanan ini. Kita Pernah menang menentang kelab Jepun (Kashima Antlers pada ACL 2019), lawan kelab Korea Selatan (Suwon Bluewings 2020) juga kita pernah menang.

“Tahap pasukan kita sekarang belum cukup tinggi untuk ACL tetapi berpeluang untuk bersaing di ACL adalah satu penghormatan. Kita satu-satunya kelab dari negara ini yang bermain pada kejohanan ini,” katanya semalam.

Malam tadi, skuad Harimau Selatan hanya memperoleh keputusan seri tanpa jaringan ketika  menentang kelab Thailand, Ratchaburi FC pada aksi terakhir Kumpulan G dan gagal melangkah ke pusingan seterusnya setelah mengutip empat mata sahaja.

Dalam kempen ACL musim ini, JDT hanya berupaya untuk menang sekali, seri sekali dan tewas dalam dua pertemuan menentang kelab Jepun, Nagoya Grampus dan kelab Korea Selatan, Pohang Steelers.

Keputusan kurang memberangsangkan itu menyebabkan banyak pihak melabelkan JDT yang dibarisi ramai pemain ternama skuad kebangsaan sebagai ‘jaguh kampung’ selain meletakkan kesalahan di atas bahu Mora yang mahukan pengendali kelahiran Mexico itu mengundurkan diri daripada kelab tersohor itu.

Mengulas lanjut, Tunku Ismail memberitahu, adalah bagus untuk mempunyai cita-cita tinggi tetapi cita-cita dengan khayalan adalah sesuatu yang berbeza.

“Siapa lantik Mora? Saya. Kenapa tiada orang suruh saya out? Saja nak tanya.

“Pertama, sedar diri tahap kita sebagai kelab dari Malaysia, keduanya barulah memasang impian. Yang ketiga, jangan berputus asa dan teruskan menambah baik permainan,” ujarnya.

Tambahnya, sejak 2014, JDT tidak pernah menamatkan musim dengan tangan kosong dan menjulang satu atau dua piala tanpa gagal setiap tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI