fbpx

Mira Filzah terkena tempias mertua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIRA FILZAH

ISNIN lalu, nama si cantik Mira Filzah tiba-tiba sohor kini dalam Twitter.

Hasil siasatan, rupa-rupanya berpunca daripada luahan rasa tidak puas hati orang ramai terhadap tindakan ibu mertuanya berkaitan isu bantuan kepada penduduk di daerah Kuala Kangsar, Perak.

Gara-gara si ibu mentua, Mira pula yang jadi mangsa. Memang marah sungguh netizen sehingga mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu.

Bahkan ada pula yang mahu membatalkan niat untuk menyokong dan meminati isteri kepada Wan Emir Astar itu.

Jika dibaca semua komen netizen, memang sakit hati juga tetapi mungkin kemarahan tersebut bersebab.

Bagaimanapun, ada juga pengguna media sosial yang berpendapat, tindakan memarahi dan mengaitkan Mira dalam hal itu tidak sepatutnya berlaku kerana isu tersebut dicetuskan oleh si ibu mertua, bukannya Mira.

Namun, sikap Mira yang mendiamkan diri dan tidak membalas sebarang komen harus dipuji. Mungkin lebih baik begitu daripada memanaskan lagi keadaan. Ibarat api yang marak, jangan disimbah lagi dengan minyak.

Harap Mira sabar dan kekal tenang hadapi semua kecaman tersebut. Apapun, terus positif ya semua.

MIZZ LAHAR: Jika ada artis yang hendak beri bantuan, seelok-eloknya tidak memaparkan wajah si penerima. Perkara sebegitu boleh mengundang marah netizen, berhati-hatilah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI