fbpx

Lelaki tangkap ikan emas gergasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fortner menunjukkan ikan emas yang ditangkapnya pada 22 Mei lepas. - Jabatan Sumber Hidupan Liar Virginia

ASHLAND, VIRGINIA – Seorang lelaki mencipta rekod tempatan apabila menangkap seekor ikan emas seberat 1.6 kilogram (kg) di sebatang anak sungai di Virginia, Amerika Syarikat, lapor laman berita 8News semalam.

Ikan emas itu adalah yang paling berat pernah ditangkap di negeri berkenaan.

Jeremy Fortner menangkap ikan tersebut pada 22 Mei lepas. Dia menyerahkan haiwan itu kepada Jawatankuasa Rekod Negeri bagi tujuan pengesahan oleh ahli biologi.

Menurut Jabatan Sumber Hidupan Liar Virginia, ikan emas milik Fortner itu adalah penyertaan pertama yang dihantar untuk pengiktirafan sejak spesies tersebut mula dimasukkan ke dalam senarai rekod tersebut pada tahun lepas.

Ikan emas itu mempunyai panjang 40.6 sentimeter (sm) dan ukur lilit hampir 38 sm. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI