fbpx

‘Kucing gergasi’ penunggu comel stesen kereta api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
‘Kucing’ tersebut akan berjalan dan melihat ke arah orang ramai yang lalu-lalang pada waktu tengah hari. – Yunika

TOKYO – Kelibat seekor ‘kucing’ gergasi yang bergerak pada papan iklan di tingkat atas sebuah bangunan di Shinjuku mendapat perhatian orang ramai yang kagum melihatkan iklan tiga dimensi (3D) tersebut, lapor saluran berita CNN semalam.

Terletak berhampiran stesen kereta api paling sibuk di kota raya Tokyo, ‘kucing’ yang dipaparkan pada skrin diod cahaya (LED) berkeluasan 154.6 meter persegi tersebut kelihatan begitu realistik.

Paparan beresolusi tinggi itu memaparkan haiwan tersebut melakukan beberapa aktiviti pada sepanjang hari dan turut mengeluarkan bunyi.

Dipaparkan antara pukul 7 pagi hingga 1 pagi, paparan tersebut berubah-ubah dengan pada waktu pagi, ‘kucing’ itu akan bangun dari tidur.

Pada waktu tengah hari, ia akan berdiri dan berjalan ke hadapan sambil melihat ke arah orang ramai yang lalu-lalang, manakala pada waktu malam, ia tidur dengan kepalanya yang disandarkan di atas kaki hadapannya.

Meskipun paparan iklan itu dijadual dirasmikan pada 12 Julai ini, ujian penyiaran tersebut telah bermula  bulan lepas.

Syarikat yang menghasilkan iklan 3D tersebut, Cross Space juga telah memulakan penstriman secara langsung papan iklan tersebut di platform YouTube.

Dalam satu kenyataan akhbar, syarikat itu berkata, efek 3D itu dapat dikurangkan bergantung kepada sudut pandangan seseorang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI