fbpx

Keputusan diambil UMNO demi rakyat – Tok Mat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad.

PETALING JAYA – Segala keputusan yang dibuat UMNO adalah berpaksikan aspirasi rakyat, demi rakyat dan untuk rakyat.

Demikian reaksi Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam satu hantaran di laman sosial Facebooknya hari ini.

Menurutnya, UMNO tidak pernah diasaskan untuk kepentingan lain kecuali memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu dan rakyat Malaysia, memuliakan Islam, memelihara kehormatan institusi diraja serta membangunkan negara.

“Pendirian ini akan terus menjadi pendirian UMNO sebagai parti politik, kejelasan sebuah pendirian sangat penting. Tanpa pendirian, UMNO hanyalah sebuah parti terdaftar, bukan sebuah perjuangan.

“Justeru dalam keadaan negara yang sangat meleset, UMNO wajar tampil dengan sebuah pendirian, jika UMNO terus membiarkan kemelesetan negara ini menerus, laksana UMNO merestuinya. Pendirian UMNO mesti berpaksikan aspirasi rakyat, demi rakyat dan untuk rakyat,” ujarnya.

Tambah beliau, parti tidak boleh menjadi sebahagian daripada kemelesetan yang berlaku pada negara ketika ini.

“Bila sistem kesihatan semakin parah, ekonomi merudum dan memburuk, kemiskinan meningkat, mereka yang membunuh diri semakin banyak, kelaparan telah menjadi nyata, bendera putih, hitam dan segala warna telah dikibarkan, demokrasi diselewengkan, malah institusi raja disanggah dengan tiada susila, UMNO tidak boleh menjadi sebahagian daripada kemelesetan ini.

“UMNO mesti senafas dengan kesusahan rakyat, bukan kuasa dan kedudukan. Fitrah UMNO adalah parti untuk orang kebanyakan serta biasa-biasa, maka untuk mereka UMNO harus bersuara dan berjuang,” ujarnya.

Tegasnya, semua ahli UMNO tidak perlu bimbang kerana pendirian kepimpinan parti itu akan mengutamakan rakyat, negara dan parti selari dengan keputusan perwakilan Perhimpunan Agung UMNO sebelum ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI