fbpx

‘Kami pulang kampung dengan penuh bangga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ENRIQUE enggan menyalahkan Morata selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti pada aksi separun akhir menentang Itali di Stadium Wembley awal pagi semalam. - AFP

LONDON – Ketua jurulatih Sepanyol, Luis Enrique enggan me­nyalahkan Alvaro Morata yang gagal menyempurnakan sepakan penalti sebagai punca mereka terkandas pada separuh akhir Euro 2020.

Kegagalan itu menyebabkan La Roja tewas 2-4 menerusi penentuan sepakan penalti kepada Itali selepas terikat 1-1 dalam tempoh 120 minit di Stadium Wembley awal pagi semalam.

Sebaliknya, Enrique, 51, tetap berbangga dengan pencapaian anak-anak buahnya termasuk Morata yang masuk sebagai pemain gantian dan meledak gol penyamaan untuk mengheret perlawanan sehingga penentuan sepakan penalti.

“Morata mengalami masalah abduktor tetapi dia menunjukkan personaliti yang cukup tinggi dan tetap mahu mengambil tanggungjawab sebagai pengambil sepakan penalti.

“Dia sebenarnya bermain dengan baik dan berjaya mengucar-ngacirkan Itali sehingga berjaya menjaringkan satu gol walaupun mengharungi waktu-waktu sukar pada Euro kali ini,” katanya.

SEPAKAN penalti oleh Morata (kanan) berjaya diselematkan oleh penjaga gawang, Gianluigi Donnarumma pada aksi separuh akhir di Stadium Wembley. – AFP

Ini adalah kali pertama Sepanyol gagal melangkah ke pentas final selepas bermain pada aksi separuh akhir dalam mana-mana kejohanan besar di pentas antarabangsa.

Begitupun, Sepanyol masih berupaya mengorak langkah sehingga ke pentas separuh akhir meskipun terpalit pelbagai masalah seperti dua pemain di­sahkan positif Covid-19 seminggu sebelum saingan Euro 2020 bermula.

“Sudah tentu ia adalah satu kekecewaan kerana gagal ke final tetapi saya tidak sedih selepas apa yang berlaku sebelum ini. Anda perlu terima hakikat adat menang kalah dalam bola sepak.

“Saya pernah katakan bahawa kami adalah antara lapan pasukan yang berpotensi menjuarai Euro 2020 dan kata-kata saya benar.

“Kami boleh pulang dengan perasaan bangga kerana tersingkir melalui penentuan sepakan penalti,” jelas Enrique.

Pencapaian ke separuh akhir itu juga membuktikan Sepa­nyol sudah kembali berada pada tahap sebenar mereka selepas tersingkir awal dalam tiga kejohanan besar sepanjang tempoh tujuh tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI