fbpx

Kadar pengangguran menunjukkan trend penurunan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Uzir.

PUTRAJAYA – Kadar pengangguran di negara ini bagi Mei tahun ini terus merekodkan penurunan kepada 4.5 peratus berbanding 4.6 peratus pada bulan sebelumnya.

Seramai 728,100 penganggur direkodkan pada Mei lalu berbanding 742,700 penganggur pada bulan sebelumnya sekali gus menunjukkan trend penurunan sejak Februari lalu.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, berdasarkan perbandingan tahun, negara merekodkan pengangguran bulanan tertinggi iaitu sebanyak 5.3 peratus dengan 826,100 penganggur pada Mei tahun lalu.

“Bilangan penduduk bekerja meningkat secara marginal sebanyak 0.1 peratus kepada 15.37 juta orang pada Mei lalu berbanding 15.35 juta pada bulan sebelumnya.

“Manalala, nisbah guna tenaga kepada penduduk tidak berubah iaitu pada 65.4 peratus,” katanya menerusi laporan Statistik Tenaga Buruh, Malaysia, Mei 2021 dikeluarkan hari ini.

Katanya, mengikut sektor ekonomi, bilangan penduduk bekerja dalam sektor perkhidmatan mencatatkan peningkatan bulan ke bulan terutamanya dalam aktiviti perdagangan borong dan runcit, perkhidmatan makanan dan minuman dan kesihatan kemanusiaan.

Mohd. Uzir berkata, bilangan penduduk bekerja dalam sektor pembuatan juga terus mencatatkan pertumbuhan positif bagi tempoh tujuh bulan.

Menurutnya, penduduk bekerja dalam sektor pembinaan, pertanian dan perlombongan serta pengkuarian pula menurun. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI