fbpx

JKNS dakwa mustahil suntikan tanpa vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang tular mendakwa menerima suntikan vaksin kosong.

SHAH ALAM – Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menjelaskan adalah mustahil untuk berlakunya penyuntikan tanpa vaksin kepada mana-mana penerima.

Pengarahnya, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, terdapat tujuh perkara ditekankan semasa proses pemberian vaksin iaitu pemberi vaksin yang terlibat terdiri daripada kakitangan yang bertauliah dan terlatih serta dilantik secara rasmi oleh JKNS.

Tegas beliau, terdapat sekurang-kurangnya dua orang kakitangan terlibat dalam tugasan pemberian vaksin di setiap stesen iaitu seorang bertindak sebagai pemberi vaksin manakala seorang lagi penyedia dan saksi semasa ia dilakukan.

“Penyedia vaksin akan membuat persiapan vaksin dan menyedut vaksin ke dalam picagari khas mengikut sukatan yang ditentukan dan menyerahkannya kepada pemberi vaksin atau meletakkannya di dalam wadah khas yang berdekatan dengannya.

“Penyedia vaksin bertanggungjawab memastikan tiada picagari kosong yang belum berisi vaksin berada di atas troli,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas video yang tular di media sosial berkaitan jarum suntikan kosong yang diberikan di sebuah hospital di Kuala Langat kelmarin.

Sha’ari memberitahu, sebelum vaksin disuntik, pemberi vaksin juga bertanggungjawab memastikan jenis vaksin yang akan diberi kepada penerima berdasarkan penandaan yang dibuat semasa proses pendaftaran.

Kosmo! semalam melaporkan satu video berdurasi 17 saat tular menunjukkan seorang penerima vaksin mendakwa dia menerima suntikan vaksin kosong di Hospital Banting, Kuala Langat. -K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI