fbpx

Jawi keluarkan ketetapan baharu berkenaan solat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengeluarkan ketetapan baharu berhubung had jemaah solat Jumaat, solat fardu dan solat sunat Aidiladha di masjid dan surau Wilayah-Wilayah Persekutuan berkuat kuasa esok.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Ajib Ismail berkata, ketetapan baharu ini dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau berkata, bagi solat Jumaat dan solat sunat Aidiladha di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihaknya menetapkan bilangan jemaah di Masjid Wilayah Persekutuan dibenarkan seramai 300 orang.

Menurutnya, bilangan jemaah di lapan buah masjid pusat zon pula dibenarkan seramai 100 orang manakala bilangan jemaah di masjid kariah dan surau Jumaat dibenarkan seramai 50 orang.

“Selain itu, bilangan jemaah di surau diberi kebenaran khas untuk solat Jumaat seramai 40 orang.

“Manakala, bilangan jemaah di surau projek perumahan rakyat (PPR) dan perumahan awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pula dibenarkan seramai 12 orang,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Bagi solat fardu di kawasan PKP pula, Mohd. Ajib berkata, bilangan jemaah di Masjid Wilayah Persekutuan dibenarkan seramai 100 orang dan bilangan jemaah di lapan buah masjid pusat zon seramai 50 orang.

“Selain itu, bilangan jemaah di masjid kariah dan surau pula dibenarkan seramai 30 orang manakala, bilangan jemaah di surau diberi kebenaran khas untuk solat Jumaat dibenarkan seramai 20 orang,” ujarnya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI