fbpx

Ismail Sabri, Takiyuddin bertemu Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa kenderaan yang membawa menteri dan Peguam Negara dilihat meninggalkan kediaman Perdana Menteri, sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilaporkan bertemu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di kediamannya di Bukit Damansara, sebentar tadi.

Difahamkan, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun turut dilaporkan hadir lebih awal untuk bertemu Muhyiddin.

Kesemua pemimpin bagaimanapun sudah meninggalkan kawasan kediaman Perdana Menteri itu kira-kira pukul 12.50 tengah hari.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut berkenaan tujuan pertemuan tersebut namun ia didakwa berkaitan dengan sidang mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO memutuskan untuk menarik balik sokongannya serta-merta terhadap Muhyiddin.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO secara sebulat suara memberi keputusan untuk tidak menjalankan kerjasama bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta-merta.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan tersebut berkuat kuasa serta-merta setelah tujuh prasyarat yang diminta dan ditetapkan UMNO dilihat tidak berjaya dilaksanakan.

“Tempoh yang UMNO berikan buat Tan Sri Muhyiddin Yassin ditarik balik dan ditamatkan serta-merta. UMNO mendesak agar Perdana Menteri untuk berundur diri secara terhormat bagi melantik pimpinan terbaru.

“Perdana Menteri yang baharu perlu menyelesaikan segera pandemik Covid-19 serta segerakan proses vaksinisasi. Setelah berjaya, Perdana Menteri baharu perlu menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk adakan Pilihan Raya Umum (PRU) bagi mengembalikan keseimbangan negara,” katanya. -K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI