fbpx

Ikan, sayur pilihan pencuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Barang keperluan seperti ikan dan sayur merupakan barangan pilihan untuk dicuri di pasar raya besar sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perkara ini telah didedahkan sendiri oleh Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Ameer Ali Mydin dalam satu wawancara khas bersama stesen televisyen tempatan hari ini.

Jelasnya, sebelum ini barang elektrik adalah barangan yang paling kerap dicuri, namun sejak PKP, ikan dan sayur adalah barangan yang paling kerap dicuri di pasar raya miliknya.

“Kes kecurian di pasar raya besar seperti Mydin dilaporkan meningkat, tetapi mereka ini bukannya mencuri barangan yang bernilai tinggi.

“Jika dulu, individu yang tidak bertanggungjawab datang ke pasar raya untuk curi televisyen dan pembesar suara untuk dijual. Sekarang ini, mereka terpaksa curi ikan kembung dan sayur-sayuran di pasar raya. Ini sangat menyedihkan,” jelasnya.

Tambahnya lagi, jualan mi segera turut naik mendadak pada ketika ini kerana harganya yang murah.

“Jualan mi segera kian meningkat. Adakah anda semua fikir orang kita malas masak? Tidak! Ia berlaku kerana orang sudah tidak mampu membeli makanan yang lain.

“Jadi mi segera ialah pilihan makanan yang paling murah untuk mengalas perut mereka. Adakah kita mahu rakyat kita mengisi perut mereka sebegini?” soalnya. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI