fbpx

Dua lelaki guna lorong tikus dikompaun RM3,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SUNGAI PETANI – Tindakan dua lelaki menyusup keluar dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) menggunakan lorong tikus di Taman Bandar Baru, Sungai Lalang di sini hari ini mengundang padah apabila mereka dikompaun RM3,000 seorang.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, dua lelaki berusia 28 dan 31 tahun itu ditahan ketika polis melakukan pemantauan Ops Covid-19 di sekitar pentadbiran Bedong pada pukul 11.20 pagi.

Katanya, polis menahan sebuah motosikal dinaiki dua lelaki terbabit di tepi jalan berdekatan lorong tikus menuju ladang kelapa sawit yang terletak bersebelahan Taman Bandar Baru.

“Hasil siasatan mendapati kedua-dua lelaki itu tinggal di Taman Bandar Baru yang merupakan kawasan PKPD dan telah keluar dari kawasan tersebut tanpa kebenaran pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI