SHAH ALAM – Satu sindiket penyeludupan dan pengedaran arak tumpas dengan merampas minuman keras bernilai RM1.2juta dalam serbuan di sebuah gudang di Kampung Sungai Kandis, Klang dekat sini semalam.
Dalam serbuan pukul 8.55 pagi itu turut menahan tujuh ahli sindiket berusia 25 hingga 57 tahun.
Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am ( PGA ), Senior Asisten Komisioner Muhammad Abdul Halim berkata, ketika serbuan didapati kesemua suspek sedang leka memunggah arak di gudang tersebut.
Katanya, minuman keras tersebut adalah untuk pasaran di sekitar Lembah Klang.
“Kesemua suspek cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap selepas kawasan tersebut dikepung pihak kami.
“Hasil pemeriksaan menemui 45,720 tin dan botol arak pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai RM1.2 juta,” katanya pada sidang akhbar hari ini.
Beliau memberitahu, pihaknya turut merampas tiga buah lori dan masing-masing sebuah van dan kereta dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM400,000.
Muhammad menegaskan, pihaknya menjalankan siasatan lanjut sejak bila sindiket tersebut beroperasi selain kesemua arak itu diperolehi dari negara mana. – K!ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929