fbpx

Derita sebulan hidu bau busuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Misteri pencemaran bau busuk yang terpaksa dihadapi penduduk Elmina Gardens sejak sebulan lalu akhirnya terungkai apabila menemukan tapak pelupusan sampah haram, semalam.

Tapak sampah terletak kira-kira 1.54 kilometer dari kawasan perumahan Elmina U16 itu ditemui dalam operasi pukul 2.30 petang.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar ( JAS ) Selangor, Nor Aziah Jaafar berkata, isu pencemaran bau seakan plastik terbakar itu telah diadukan Persatuan Penduduk Elmina Gardens selepas menjejaskan kehidupan mereka.

Tinjauan menerusi drone di lokasi tapak pelupusan sampah haram berkenaan.

Katanya, pihaknya yang menjalankan siasatan menemui dua lokasi tapak sampah yang terbakar dan masih berasap serta berbau.

Operasi turut melibatkan anggota penguatkuasa daripada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA) Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Petaling.

“Sisa sampah disyaki terdiri daripada pelbagai jenis seperti bahan plastik,buangan perabot, sisa pembinaan dan lain-lain.

“Keluasan tapak sampah haram itu dianggarkan 0.1 hektar,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI