fbpx

Cipta aplikasi kesan bendera putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar aplikasi kitajaga.co.

PETALING JAYA – Sekumpulan pencipta aplikasi berjaya menghasilkan sebuah aplikasi bagi mengesan individu yang memerlukan bantuan dengan memasang bendera putih secara online.

Pengasas Terato Tech, Reza Razali berkata, idea itu dicetuskan bagi membantu individu yang berada dalam kesusahan tetapi keberatan untuk menaikkan bendera putih di rumah mereka.

“Aplikasi ini dicipta pada Jumaat lepas apabila pencipta aplikasi Terato Tech yang terdiri daripada Achan, Edo, Basyrun, Hisyam dan Zara mahu sediakan platform yang mudah untuk orang ramai mendapatkan bantuan atau memberi pertolongan kepada sesiapa yang memerlukan.

“Untuk menaikkan bendera putih di rumah memerlukan keberanian, kerana memang susah untuk orang mengakui keadaan mereka. Oleh itu, kami mahu bantu memudahkan proses dengan wujudkan aplikasi ini. Letak bendera putih dan orang sekeliling boleh bantu,” katanya ketika dihubungi Kosmo!

Katanya, sambutan pada hari pertama amat menggalakkan apabila 1,500 individu menggunakan platform itu untuk memberikan pertolongan manakala 500 perlukan bantuan.

“Setakat hari ini, seramai 2,000 individu telah menaikkan bendera memerlukan bantuan dan daripada jumlah itu, Selangor dan Kuala Lumpur mencatatkan jumlah paling banyak iaitu 1,200 bendera putih.

“Sejak aplikasi ini diwujudkan, ramai penerima bantuan yang menghubungi saya melalui aplikasi Twitter untuk memaklumkan mereka sudah dapat bantuan dengan cepat. Bantuan juga bukan dari segi makanan sahaja, malah ada yang memberikan wang tunai,” katanya.

Aplikasi tersebut boleh diakses oleh sesiapa sahaja dengan menaip pautan kitajaga.co di enjin pencarian seperti Google Search dan sebagainya.

Kemudian, pelayar boleh memilih butang ‘Saya perlu bantuan’ atau butang ‘Saya ingin bantu’ sebelum dibawa ke langkah seterusnya iaitu pemberian maklumat seperti nama, nombor telefon, jenis bantuan serta koordinat.

Menerusi pautan itu juga, disertakan paparan ‘Google Maps’ yang menunjukkan logo atau icon pemberitahuan sekiranya ada individu perlukan bantuan atau mahu memberi pertolongan di kawasan berhampiran kediaman pelayar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI