fbpx

Bersatu Johor adakan mesyuarat tergempar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md. Nasir.

JOHOR BAHRU – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor dijangka akan mengadakan mesyuarat tergempar hari ini.

Timbalan Pengerusi Bersatu negeri, Senator Md. Nasir Hashim berkata, mesyuarat itu bagi membincangkan tindakan UMNO yang mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata, Bersatu Johor sedang mendapatkan pengesahan sama ada presidennya yang juga Pengerusi Bersatu Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyertai mesyuarat tergempar itu secara maya.

“Parti akan adakan mesyuarat tergempar bersama kepimpinan negeri bagi membincangkan tindakan UMNO menarik sokongan terhadap PN.

“Kita juga sedang menunggu tindakan seterusnya daripada Barisan Nasional (BN) serta UMNO Johor.

“Kita bersedia terhadap sebarang kemungkinan dan menanti arahan selanjutnya daripada Presiden parti,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tengah malam tadi, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan parti berkenaan menarik sokongan terhadap kerajaan PN serta memohon Muhyiddin berundur daripada jawatan Perdana Menteri.

Ahmad Zahid dilaporkan berkata, keputusan dibuat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu yang dikatakan berlangsung dalam keadaan tegang pada malam tadi selepas membuat penelitian membabitkan tujuh perkara diambil PN selama ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI