KLANG – Tindakan sindiket penyeludupan mengikrar 40 juta batang rokok sebagai telekung gagal selepas dipatahkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Pelabuhan Utara di sini kelmarin.
Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Datuk Zazuli Johan dalam kenyataan hari ini berkata rampasan itu hasil operasi pukul 3 petang dijalankan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah, Unit II (Selangor) terhadap empat kontena yang disyaki berisi rokok jenama U2 itu.
Katanya, semakan mendapati kontena tersebut telah diikrar sebagai telekung dan palet terpakai bagi mengelak dikesan pihak kami.
“Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM28.6 juta termasuk cukai.
“Rokok diklasifikasi sebagai dagangan terlarang di bawah Butiran 1, Jadual Ketiga / Bahagian II, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017. Kes kini disiasat mengikut Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976,” jelasnya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929