SUNGAI BULOH – Dua lelaki maut selepas motosikal yang mereka naiki dirempuh sebuah bas di persimpangan lampu isyarat Paya Jaras dekat sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 4 petang itu mengakibatkan penunggang, Mohamad Jeffry Mohd. Saundi, 36, dan pembonceng Mohd. Noor Azmanizam Mashusin, 39, meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, kejadian berlaku selepas penunggang motosikal yang berada di kiri jalan menukar lorong ke tengah jalan.
“Pemandu bas telah melanggar bahagian belakang motosikal dinaiki mereka mengakibatkan kedua-dua terjatuh dan digilis bas berkenaan.
“Kedua-dua mereka disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan telah dibawa ke unit forensik Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, siasatan masih dijalankan dan saksi bebas boleh menghubungi Pegawai Penyiasat di talian 019-2264650 untuk menyalurkan maklumat. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929