fbpx

Tema Hari Kebangsaan 2021 kekal seperti tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Malaysia Prihatin sekali lagi dikekalkan sebagai tema Hari Kebangsaan 2021 pada akhir bulan depan, dengan sambutan rasmi juga dalam norma baharu seperti tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ia perlu disesuaikan dengan suasana wabak Covid-19 ketika ini.

“Kita (penganjur) akan membuat secara sederhana macam tahun lalu dan lokasi sambutan peringkat nasional juga dibuat di Dataran Pahlawan, Putrajaya seperti pada tahun lepas,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas sesi turun padang secara maya bersama 39 petugas Telekom Malaysia (TM) hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat nasional bakal dilancarkan rasmi di Kuala Terengganu, Terengganu yang dijangka sekitar pertengahan bulan ini.

Sementara itu tambahnya, sambutan Hari Malaysia 2021 pula akan berlangsung di Sabah selepas giliran Sarawak sebagai tuan rumah perayaan berkenaan pada 16 September tahun lalu. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI