fbpx

11 didapati bersalah ganggu remaja Perancis hina Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MILA tiba untuk perbicaraan kesnya di sebuah mahkamah di Paris pada 3 Jun lalu. - AFP

PARIS – Sebuah mahkamah Perancis menjatuhkan hukuman penjara tertangguh antara empat bulan hingga enam bulan kepada 11 individu hari ini selepas mereka  didapati bersalah mengganggu seorang remaja secara online berhubung klip video anti-Islamnya.

Pendakwaan dilakukan setelah remaja perempuan dikenali sebagai Mila itu terpaksa berpindah sekolah dan menerima perlindungan polis kerana ancaman terhadap nyawanya.

Sejak video pertamanya pada tahun 2020 tersebar, pelajar sekolah sebelum ini tidak dikenali itu telah mencetuskan perbalahan antara penyokong yang menganggap dirinya sebagai simbol kebebasan bersuara dan mereka yang menuduh dia sengaja mencetuskan provokasi.

Mahkamah di Paris itu membicarakan 13 orang dari beberapa wilayah Perancis dengan masing-masing berusia antara 18 tahun hingga 30 tahun. Mereka didakwa mengganggu Mila termasuk membuat ugutan bunuh.

Seorang daripada mereka berkata kepada remaja perempuan itu bahawa dia akan memotong lehernya. 

Dalam keputusannya hari ini, mahkamah berkenaan membebaskan salah seorang tertuduh kerana kekurangan bukti, sementara seorang lagi turut dibebaskan kerana masalah teknikal.

Baki 11 defendan  dijatuhi hukuman tertangguh  yang bermaksud mereka tidak akan dipenjarakan  jika tidak melakukan kesalahan lain sepanjang tempoh tersebut.

Sebilangan defendan pula diarah membayar ganti rugi sebanyak 1,500 euro (RM7,3771) dan bayaran mahkamah sebanyak 1,000 euro (4,918).

“Kami menang dan kami akan menang lagi,” kata Mila kepada wartawan di luar mahkamah. 

Kes Mila mendapat perhatian umum meluas kerana menyentuh beberapa isu kontemporari di Perancis termasuk impak gangguan siber dan ucapan kebencian di internet di samping undang-undang kebebasan bersuara serta sikap terhadap minoriti agama di negara itu.

Dalam video viral pertama yang disiarkan di Instagram pada Januari 2020, Mila yang  ketika itu berusia 16 tahun, bertindak balas terhadap gangguan peribadi oleh seorang budak lelaki dengan menyatakan bahawa agama Islam kotor di samping cercaan lain yang menyinggung perasaan umat Islam.

Presiden Emmanuel Macron bagaimanapun mempertahankan tindakan Mila dengan menyatakan bahawa undang-undang Perancis membenarkan orang ramai mengkritik dan melukis karikatur agama. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI