fbpx

Vaksinasi harian capai sasaran 300,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hisan

PETALING JAYA – Jumlah dos suntikan vaksin Covid-19 merekodkan bilangan tertinggi selepas 313,761 individu telah menerima vaksin semalam.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19, daripada jumlah tersebut, sebanyak 196,603 adalah pemberian dos pertama manakala 117,158 pula lengkap dos kedua.

Sementara itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan yang dimuat naik di laman Facebooknya berkata, melihat pada pencapaian tersebut, kerajaan optimis bahawa segala usaha yang dirancang berada di landasan yang tepat.

“Alhamdulillah, semalam kita telah berjaya mencapai sasaran kadar vaksinasi 317,761 dos sehari dengan 6.585 juta telah menerima dos pertama dan hampir 2.735 juta orang telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.

“Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Kesihatan Datuk Dr. Adham Baba serta semua petugas barisan hadapan, para sukarelawan, dan seluruh rakyat yang menjayakan program vaksinasi terbesar dalam negara ini,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, pada 15 Jun lalu kerajaan telah mengumumkan Pelan Pemulihan Negara di mana kerajaan mensasarkan peningkatan kadar vaksinasi kepada lebih 300,000 sehari selepas bulan Jun.

Kerajaan juga mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Negara atau Pemulih yang mana fokus ketiga dalam Pemulih ialah mempercepatkan program vaksinasi ke atas sebanyak mungkin populasi di Malaysia. – K! ONLINE.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI