fbpx

Tiada ubat di Lebanon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita membeli ubat di sebuah farmasi di Beirut baru-baru ini - AFP

BEIRUT – Doktor dan ahli farmasi kelmarin menyuarakan kebimbangan tentang kekurangan bekalan ubat di  Lebanon ketika negara itu dibelenggu krisis mata wang, lapor laman berita Arab news semalam.

Hampir semua ubat  dan bekalan makanan Lebanon adalah diimport. Harga makanan dilaporkan telah meningkat mendadak dengan harga minyak bunga matahari naik sehingga 1,100 peratus sejak musim panas 2019.

Harga daging dan beras masing-masing meningkat 627 peratus dan 545 peratus bagi tempoh sama.

Stesen televisyen tempatan dan media sosial memaparkan rakaman orang ramai menjerit di jalanan untuk meminta susu, ubat dan bekalan elektrik bagi menyelamatkan kanak-kanak yang sakit kronik dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan di rumah.

“Orang ramai datang ke farmasi untuk mendapatkan ubat biasa seperti titisan telinga, namun saya tiada ubat tersebut.

“Saya fikir pengimport mempunyai stok ubat-ubatan, namun mereka tidak mengagihkannya untuk memberi tekanan kepada bank pusat Lebanon supaya terus memberi subsidi ubat-ubatan,” kata seorang ahli farmasi, Samer Soubra.

Tambahnya, belum ada keputusan politik untuk menyekat subsidi ubat dan dia menjangkakan ‘teriakan’ rakyat akan bertersuan selama 10 hari lagi kerana keadaan pesakit yang tidak dirawat akan bertambah buruk. 

Persatuan pengimport ubat negara itu memberi amaran bahawa ubat yang kehabisan stok adalah beratus-ratus ubat penting yang digunakan untuk merawat penyakit kronik.

Pihaknya berkata, stok ubat-ubatan lain akan habis bulan ini jika tidak diimport semula secepat mungkin.

Menurutnya, proses import telah dihentikan selama hampir sebulan akibat hutang kepada syarikat eksport berjumlah mencecah AS$600 juta (2.4 bilion) ekoran kemerosotan mata wang Lebanon. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI