PORT DICKSON – Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi kesan kepada semua pihak terutamanya warga asing kerana mereka tidak mendapat sebarang bantuan.
Seorang warga asing Rajit Kir, 26 berkata, dia terpaksa menangkap ikan di dalam longkang untuk dijadikan hidangan selepas tempat kerjanya tidak dibenarkan beroperasi.
Katanya, dia sebelum ini bekerja di pusat cuci kereta hilang mata pencarian selepas kedai itu tidak dibenarkan beroperasi.
“Dekat longkang ni banyak ikan talapia besar-besar lagi pun dekat dengan tempat tinggal saya.
” Pada waktu sekarang apa yang saya fikir janji dapat makan untuk teruskan hidup sahaja,” katanya ketika di temui di Dataran Segar di sini hari ini.
Tambahnya yang berasal dari Bangladesh, dia bernasib baik kerana majikan memberi tempat tinggal untuk berteduh.
“Saya harap PKP cepat habis sebab kami datang sini untuk kerja dan cari duit.
” Pada waktu sekarang kami tersepit dan susah tetapi tidak boleh berharap dengan orang lain sebab orang lain pun susah, ” tambahnya.-K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929